PETUA MENGASIHI SUAMI
 1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. 
Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang 
menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah 
dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah 
pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan 
lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia 
mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan 
dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat 
mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. 
Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda 
berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, 
sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada 
suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau 
perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap 
hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda 
terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda 
boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. 
Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa 
anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. 
Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda 
membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau 
marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari 
sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong.
Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami 
anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya 
yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi 
bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali 
mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya 
dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 
demikian.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian 
anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang 
hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah 
satu-satunya kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda 
hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.
Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan 
kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama 
sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu 
pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda 
benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia 
dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak 
perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham 
dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan 
banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu 
untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang 
lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan 
membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia 
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh 
anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan 
sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak 
dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan 
kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk 
merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan 
anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda 
dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, 
sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun 
menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata'inginkan seseorang yg dapat 
membantu', jgn la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak 
hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.
17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. 
Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang 
isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.
18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan 
baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami 
anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepada 
isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak 
melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg 
paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.
p/s: utk B2B & ExB2B sama2 la kte menghargai bf,tunang & suami yer...